Fenomena El Nino Jejaskan Pengeluaran Dan Jadual Penanaman Padi – MARDI

6974408-cracked-dried-land-of-rice-field

GEORGE TOWN, 16 Mac – Fenomena El Nino yang berlarutan dijangka menjejaskan pengeluaran dan jadual penanaman padi luar musim untuk tahun ini, kata Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pulau Pinang Azmi Abdul Razak.

Azmi berkata proses penuaian padi dilakukan Januari lepas dan sepatutnya penanaman akan bermula akhir Mac atau awal April namun sehingga kini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih belum dapat membekalkan air. Continue reading “Fenomena El Nino Jejaskan Pengeluaran Dan Jadual Penanaman Padi – MARDI”

Advertisements

LPP Laksana Cadangan MARDI Menghadapi Fenomena El-Nino

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan melaksanakan cadangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam menangani fenomena El-Nino iaitu cuaca panas kering yang dijangka melanda negara tidak lama lagi.

Pengerusi LPP Datuk Zainal Dahalan berkata, MARDI telah membentangkan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi membantu sektor pertanian, ternakan serta perikanan apabila negara dilanda fenomena berkenaan.

Katanya antara langkah jangka panjang yang disaran MARDI ialah menghasilkan tanaman yang mempunyai jangka masa matang yang pendek serta bermutu tinggi, pengeluaran padi secara aerob, teknologi pengurusan air yang cekap serta pembangunan pertanian yang tepat. Continue reading “LPP Laksana Cadangan MARDI Menghadapi Fenomena El-Nino”