LPP Laksana Cadangan MARDI Menghadapi Fenomena El-Nino

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan melaksanakan cadangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam menangani fenomena El-Nino iaitu cuaca panas kering yang dijangka melanda negara tidak lama lagi.

Pengerusi LPP Datuk Zainal Dahalan berkata, MARDI telah membentangkan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi membantu sektor pertanian, ternakan serta perikanan apabila negara dilanda fenomena berkenaan.

Katanya antara langkah jangka panjang yang disaran MARDI ialah menghasilkan tanaman yang mempunyai jangka masa matang yang pendek serta bermutu tinggi, pengeluaran padi secara aerob, teknologi pengurusan air yang cekap serta pembangunan pertanian yang tepat. Continue reading “LPP Laksana Cadangan MARDI Menghadapi Fenomena El-Nino”