BLB kurangkan berat bijirin padi

padi1-jpg_1486416431

BLB adalah penyakit vaskular padi yang disebabkan bakteria Xanthomonas oryzae pv oryzae. Jangkitan bermula dari mana-mana bahagian daun terutama dari tepi dan hujung daun.

Ia boleh mengurangkan berat bijirin padi akibat kehilangan luas permukaan daun untuk fotosintesis. BLB juga menyebabkan kehilangan hasil hingga 50 peratus dan menjejaskan kualiti biji padi.

Laporan pertama BLB dikesan pada tahun 1967 dan pada varieti seribu gantang pada awal 1980 an. Wabak BLB yang serius pernah berlaku pada tahun 1988 dan 1994 dengan penanaman varieti yang rentan menyebabkan kehilangan hasil hingga 50 peratus.

Pada 2013, ia berlaku lagi di Sekinchan, Selangor dengan 80 peratus kawasan diserang BLB membabitkan varieti MR 220 CL2, MR 263 dan MR 269. Continue reading “BLB kurangkan berat bijirin padi”