Lalat ancam industri kelulut

cwgoxt2ueaadz6v

Ketika industri kelulut semakin mendapat perhatian dan melahirkan ramai usahawan, tetiba kita dikejutkan dengan masalah yang bukan sahaja mengancam malah melumpuhkan industri ini jika tidak dibendung lebih awal.

Masalah tersebut diedahkan oleh Jabatan Pertanian yang menyifatkan kes tersebut amat serius kerana ia melibatkan serangan lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF).

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Sidek serangan BSF ke atas koloni lebah kelulut mula dikesan di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang pada penghujung Jun 2016.

“Sehingga Ogos 2016 sebanyak RM 2.4 juta kerugian telah direkod di mana negeri Kedah mencatatkan kerugian tertinggi iaitu sebanyak RM 1.5 juta,’’ ujarnya.

Black Soldier Fly berasal dari Amerika dan mulai merebak ke Eropah, Australia, India serta Asia termasuk Malaysia selepas Perang Dunia Kedua. Tempoh hidup seekor BSF dewasa hanya sekitar antara lima hingga tujuh hari sahaja dan seekor BSF betina mampu bertelur sehingga 500 biji telur sepanjang hayatnya.

Continue reading “Lalat ancam industri kelulut”

Advertisement

Serangan Serangga Perosak Lebah Kelulut – BSF & Kumbang Pollen

Serangan Black Soldier Fly (BSF) Hermetia illucens yang dilaporkan serius dibeberapa negeri di utara semenanjung dan negeri lain seperti Pahang dan Johor telah mengakibatkan penternak lebah kelulut komersial dan kecil-kecilan semakin gusar. Ada beberapa fakta yang kebanyakan orang terlepas pandang berkenaan punca serangan oleh serangga perosak tersebut.

  1. BSF bukan faktor utama yang menyebabkan koloni collapse @ lumpuh
  2. Serangan perosak yang paling utama untuk dipantau setiap masa adalah kumbang pollen Haptoncus luteolus. Haptoncus luteolus mula-mula menyerang koloni setelah koloni lemah dan koloni kurang dikawal oleh lebah pekerja. BSF hanya perosak sekunder yang tertarik akibat bau busuk dihasilkan oleh serangan kumbang Haptoncus.
  3. Pengurusan dan pemantauan koloni adalah penting semasa koloni lemah seperti semasa makanan kurang, persekitaran dan cuaca ekstrem dan koloni baru dipindahkan

BSF dan kumbang Haptoncus sebelum ini kurang diberi perhatian kerana ia tidak merosakkan koloni walaupun sentiasa ada dipersekitaran koloni kelulut secara semulajadi. Cuaca ekstrim akibat kepanasan melampau (fenomena El-Nino) ditambah hujan lebat sekali-sekala pada jangkamasa melebihi 4 bulan mengakibatkan koloni yang sebelum ini menghasilkan madu dan kuat menjadi lemah dan tanpa disedari penternak koloni kelulut telah tiada akibat ratu berpindah ke tempat lain atau telah habis diserang BSF.

Continue reading “Serangan Serangga Perosak Lebah Kelulut – BSF & Kumbang Pollen”