Misi Hasilkan Tanaman Berkualiti

image

Tahukah anda negara kita sangat bergantung kepada negara luar dalam bekalan biji benih terutama sayuran berdaun? Malaysia mengimport 90 peratus biji benih termasuk kesemua benih hibrid adalah diimport dari pembekal utama dari China, Thailand, Taiwan dan Jepun dengan nilai import sebanyak RM67 juta setahun.

Hal ini bermakna industri biji benih tempatan hanya mampu membekalkan 10 peratus sahaja bekalan biji benih.

Masalah tersebut tidak menjamin sekuriti sumber makanan memandangkan biji benih atau bahan tanaman memainkan peranan penting dalam kelestarian sektor pertanian.

Disebabkan itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) komited menjalankan Program Pengeluaran Biji Benih dan Penentusahan Kualiti bertujuan untuk mengeluarkan benih dan bahan tanaman asas berkualiti hasil penyelidikannya selain membangunkan inovasi serta pengetahuan berkaitan teknologi biji benih. Continue reading “Misi Hasilkan Tanaman Berkualiti”

Gandakan anak pisang melalui teknologi kultur tisu MARDI

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ketidakcukupan bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah. Bagi mengatasi masalah bekalan makanan, pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Salah satu teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran. Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu.

Secara ringkas, kultur tisu merupakan kaedah untuk menghasilkan tanaman yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan seperti batang, daun atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptik bagi tujuan tumbesaran.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), merupakan antara agensi kerajaan bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan teknologi kultur tisu dan antara fokus yang diberikan adalah terhadap tanaman pisang. Menerusi Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Ternakan (UBB), MARDI Klang, kini pengeluaran benih berkualiti bagi tanaman pisang untuk pengeluaran secara komersial dapat dilaksanakan. Continue reading “Gandakan anak pisang melalui teknologi kultur tisu MARDI”