Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian (KSU MOA) ke Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI

KSU lawat MARDI

MARDI, Serdang – Pada 3 Januari 2018, YBhg Datuk Seri Dr Ismail Hj Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian merangkap Pengerusi MARDI telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Ibu Pejabat MARDI Serdang.

Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan untuk meninjau perkembangan kemajuan projek kejuruteraan, mekanisasi dan automasi yang dijalankan di PTJ berkenaan yang meliputi Bengkel Mekanisasi Pemprosesan Makanan, Bengkel Mekanisasi Ladang, Makmal UAV Pertanian Tepat, dan Rumah Cendawan yang menggunakan sistem kawalan IOT.

Turut serta; Pn Habsah Ali, SUB ITTP MOA, KP MARDI, TKP MARDI dan Pengarah- Pengarah Pusat MARDI.

Advertisements