Usah pertikaikan produk Melayu

a

MINGGU lalu, heboh kisah tentang tindakan seorang wanita yang memuat naik satu rakaman video dalam laman sosial kerana mempertikaikan mutu produk keluaran orang Melayu yang didakwanya tidak berkualiti. Menerusi rakaman video tersebut, wanita itu turut menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat atas dakwaan ditipu selepas mendakwa krim pelangsingan badan yang dia gunakan tidak panas.

Walaupun wanita itu telah membuat permohonan maaf dan menarik semula laporan polis yang dibuat, tindakannya memperlekeh produk keluaran Melayu sedikit sebanyak telah mengundang rasa kurang senang netizen di Malaysia. Ikuti temubual wartawan Kosmo! Ahad, MOHAMMAD SHAHEMY AZMI bersama Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir di pejabatnya bagi mengupas dan mendapat gambaran lebih jelas tentang kualiti produk keluaran syarikat milik anak Melayu. Continue reading “Usah pertikaikan produk Melayu”

Advertisement