Tahukah anda negara kita sangat bergantung kepada negara luar dalam bekalan biji benih terutama sayuran berdaun? Malaysia mengimport 90 peratus biji benih termasuk kesemua benih hibrid adalah diimport dari pembekal utama dari China, Thailand, Taiwan dan Jepun dengan nilai import sebanyak RM67 juta setahun.
Hal ini bermakna industri biji benih tempatan hanya mampu membekalkan 10 peratus sahaja bekalan biji benih.
Masalah tersebut tidak menjamin sekuriti sumber makanan memandangkan biji benih atau bahan tanaman memainkan peranan penting dalam kelestarian sektor pertanian.
Disebabkan itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) komited menjalankan Program Pengeluaran Biji Benih dan Penentusahan Kualiti bertujuan untuk mengeluarkan benih dan bahan tanaman asas berkualiti hasil penyelidikannya selain membangunkan inovasi serta pengetahuan berkaitan teknologi biji benih. Continue reading “Misi Hasilkan Tanaman Berkualiti”