Konvensyen Azam Tani 2015

azam tani

Port Dickson, 10 Jun 2015 – Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Tani telah  menganjurkan Konvensyen Azam Tani 2015 bermula semalam bertempat di Prima Land Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program 1AZAM: Projek AZAM Tani  adalah salah satu daripada tujuh (7) inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area – NKRA) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Rakyat Berpendapatan Rendah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Projek ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010 oleh Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Continue reading “Konvensyen Azam Tani 2015”

Advertisement

RM10 ribu sebulan hasil sertai Projek AZAM Tani MARDI

taniSERAMAI 207 golongan miskin di Terengganu yang menyertai Projek Azam Tani kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan taraf hidup dan terkeluar daripada paras kemiskinan.

Pengarah MARDI Terengganu, Hassan Said berkata mereka yang terbabit menyertai projek itu terdiri daripada keluarga miskin di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Katanya, antara projek diusahakan mereka termasuklah projek itik telur, itik pedaging, pemprosesan makanan, perniagaan kecil berasaskan pertanian, jahitan, perkhidmatan pertanian, peniagaan alat nelayan dan membuka bengkel motosikal. Continue reading “RM10 ribu sebulan hasil sertai Projek AZAM Tani MARDI”