Intellectual Discourse; Industri Ayam Pedaging di Malaysia

e-Banner Intellectual Discourse anjung net 2

Majlis Intellectual Discourse; Industri Ayam Pedaging di Malaysia yang akan disampaikan oleh En Tafsir bin Serin, Pengarah (Pengarah Pusat Perancangan Strategik dan Pengurusan Inovasi, MARDI). #OurFoodOurFuture #betterMARDI

Semua dijemput hadir! Muat turun brosur.

Advertisement

Pemilik Ladang Kelapa Sawit Disaran Ternak Lembu Dan Ayam Kampung Hibrid

ayamkampunghibrid

KEMAMAN, 23 Jan – Pemilik ladang kelapa sawit disaran menternak lembu dan ayam kampung hibrid di dalam ladang mereka bagi tujuan meningkatkan bekalan daging lembu dan ayam kampung yang semakin mendapat permintaan di pasaran tempatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ternakan lembu memberi banyak kelebihan kepada penternak iaitu selain dapat meningkatkan bekalan daging lembu di pasaran tempatan, najis lembu boleh dijadikan baja kepada tanaman kelapa sawit. Continue reading “Pemilik Ladang Kelapa Sawit Disaran Ternak Lembu Dan Ayam Kampung Hibrid”

Baka Ayam Kampung Terbaik

ayam1

Gallus gallus adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah, Gallus varius untuk ayam hutan hijau, Gallus sonneratii untuk ayam hutan kelabu dan Gallus lafatetii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka.

Namun bagi kebanyakan daripada kita semuanya ialah ayam kampung yang secara mudahnya baka ayam tempatan berwarna perang balung merah, badan tegap dan dibiar berkeliaran atau lepas bebas.

Ayam pedaging dan penelur yang diternak secara komersial serta besar-besaran kini adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah.

Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah. Continue reading “Baka Ayam Kampung Terbaik”