Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Posts tagged ‘Artropod’

Kejuruteraan Ekologi: Tingkatkan Kepelbagaian Artropod Dalam Ekosistem Padi

Oleh: Badrulhadza Amzah – Pusat Penyelidikan Tanaman dan Sains Tanah
Dr. Rosliza Jajuli – Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran

petak-kejuruteraan-ekologi

Amalan kejuruteraan ekologi merupakan satu alternatif yang boleh diguna pakai dalam menguruskan serangga perosak secara mesra alam di kawasan pertanian seperti di sawah padi. Konsep kejuruteraan ekologi ini mula diperkenalkan oleh Profesor Geof Gurr, seorang pakar ekologi serangga semasa Persidangan Antarabangsa Serangga Perosak Benah Perang di IRRI, Los Banos, Filipina pada tahun 2008. Konsep ini melibatkan amalan kultur seperti pengurusan vegetasi secara manipulasi habitat yang berfungsi menggalakkan aktiviti kawalan serangga perosak secara biologi. Menerusi amalan ini, aktiviti spesies musuh semula jadi dapat ditingkatkan dengan menyediakan sumber seperti makanan alternatif apabila tiada mangsa atau perumah. Penanaman spesies tumbuhan berbunga yang kaya nektar misalnya turut berfungsi sebagai tempat berlindung dan membiak untuk pelbagai spesies musuh semula jadi yang terdiri daripada serangga pemangsa dan parasitoid. (more…)

Advertisements