Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Posts tagged ‘Akta Kuarantin Tumbuhan 1976’

TEKNOLOGI KERINTANGAN SISTEMIK TERARUH (ISR): Pemerkasaan Industri Betik Negara Melalui Kawalan Penyakit Mati Rosot Betik

Latar belakang industri betik Malaysia

Pelancaran varieti betik Eksotika pada 1987 dan disusuli dengan Eksotika II pada 1997 telah merevolusikan industri betik Malaysia. Kedua-dua varieti yang dihasilkan oleh MARDI dengan mensasarkan pasaran eksport telah berjaya meningkatkan eksport betik Malaysia. Nilai eksport betik yang hanya sekadar RM3 juta pada 1986 sebelum pelancaran varieti Eksotika beransur-ansur meningkat dan mencapai kemuncaknya pada 2004 dengan nilai eksport sebanyak RM120 juta dengan menduduki tangga kedua sebagai pengeksport betik utama dunia selepas Mexico. Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak kekal lama apabila eksport betik merudum menjadi RM21 juta pada 2012 yang diakibatkan oleh jangkitan penyakit mati rosot betik. Penyakit ini diakibatkan oleh sejenis bakteria perosak iaitu  Erwinia mallotivora (E. mallotivora) (nama lamanya ialah Erwinia papayae).

dieback-papaya

Penyakit mati rosot betik yang melanda negara dan dunia sekitar 2003 hingga kini

Penyakit ini pertama kali dilaporkan di Johor pada 2003 dan kemudian merebak ke seluruh negara. Penyakit ini menyerang anak benih, tangkai daun, daun, batang pokok, bahagian terminal daun (crown) dan juga buah. (more…)