MARDI masuk sekolah

Lebih 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang, Selangor, menyertai aktiviti pemindahan pengetahuan dan teknologi untuk memupuk generasi muda mencintai bidang pertanian.

Program julung kali diadakan itu anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang menjadikan SK Serdang sebagai sekolah anak angkat pertama.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron berkata, pihaknya komited melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu sebagai usaha berterusan membantu industri pertanian negara.

Beliau berkata, program bersama SK Serdang itu dirancang bagi mengeratkan hubungan di antara MARDI dan sekolah. Continue reading “MARDI masuk sekolah”

Advertisement

Program Cuti Sekolah : SEED CHALLENGE !

Maaf kursus ini terpaksa dibatalkan buat masa ini di atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera.

Terima kasih (Kemaskini : 10/9/2014)

_____________________________________

Pengisian aktiviti waktu cuti sekolah yang menarik! Kenali dengan lebih dalam apa itu biji benih. Jom sertai kami dalam acara SEED CHALLENGE yang akan diadakan pada 17 September 2014 ini.

Jangan lepaskan peluang ini ya adik-adik!

SEEDS