SERDANG, 4 MAC 2019 – MARDI dan Asia-Pacific Association of Agricultural Research Institutions (APAARI) di bawah program Asia-Pacific Consortium on Agricultural Biotechnology and Bioresources (APCoAB) sedang menganjurkan “Workshop on Underutilized Animal Genetic Resources (AnGR) and their Amelioration” pada hari ini, 4 sehingga 6 Mac 2019 bertempat di Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Ibu Pejabat MARDI Serdang, Selangor.
Program ini telah melibatkan wakil-wakil daripada 20 negara di bawah National Agriculture Research Centres (NARS), Consultative Group (CG) centres, Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dan sektor swasta dari Asia Pasifik. Selain peserta antarabangsa, lebih 40 wakil tempatan daripada Jabatan/Agensi Kerajaan dan Universiti yang terlibat dalam kajian sumber genetik haiwan, pembangunan dan pemuliharaan, telah turut serta.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk; (i) sebagai platform untuk semua pihak terlibat dalam menilai status semasa sumber genetik haiwan yang kurang digunakan sepenuhnya (underutilized AnGR) di peringkat sub-serantau dan menilai status R&D bagi baka tulen tempatan untuk mempromosi penggunaan underutilized AnGR di Asia Pasifik, (ii) membincangkan pelan masa hadapan mengenai underutilized AnGR serta peranan dan potensinya dalam mempelbagaikan sumber makanan dan (iii) memformulasi strategi untuk meningkatkan kesedaran, memperkuat rangka kerja, dasar dan undang-undang dalam pengurusan underutilized AnGR.
#betterMARDI #ourfoodourfuture #fromlabtotable