Teroka potensi jagung bijian

potensi jagung bijian 1

Selepas padi, jagung merupakan tanaman penting di rantau Asia Tenggara dengan 40 juta tan dihasilkan pada 2012. Tanaman jagung sangat penting sebagai sumber asas makanan haiwan di rantau tersebut. Permintaan jagung bijian peringkat global bertambah dan angkanya akan meningkat dua kali ganda menjelang 2050.

Namun, banyak isu dan aspek perlu ditangani bagi memastikan jaminan pengeluaran yang kekal demi kepentingan petani dan peniaga.

Ini termasuk antaranya melibatkan pengeluaran jagung, dasar kerajaan dan pembangunan hibrid baharu yang dapat menghadapi cabaran perubahan iklim.

Perlu diketahui cabaran utama industri pertanian kini adalah bil import yang sangat tinggi. Antara faktor utama bil import makanan agak tinggi disebabkan negara mengimport hampir keseluruhan bahan makanan ayam yang diternak iaitu jagung bijian (RM3.1 bilion) dan soya (RM2.2 bilion) setahun.

Jagung bijian juga adalah bahan mentah utama untuk makanan ternakan seperti lembu dan ikan. Oleh itu, bekalan daging dan ikan juga mungkin terjejas kerana negara mengimport bahan mentah ini.

Justeru, ada keperluan untuk menghasilkan sendiri bahan bekalan makanan haiwan ternakan.

Penghasilan jagung bijian adalah satu bidang yang akan diberikan tumpuan besar dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang.

Pada setiap tahun, Malaysia mengimport empat juta tan metrik jagung kebanyakannya dari Argentina dan Brazil

Hampir semua negara jiran juga mempunyai program penanaman jagung yang berjaya. Sebagai contoh, Indonesia menghasilkan 18 juta tan setahun, Filipina (lapan juta tan), Vietnam (enam juta tan) dan Thailand lima juta tan.

Menerusi perkiraan, Malaysia perlukan empat juta tan jagung setahun.

Maka, sekiranya satu hektar boleh hasilkan 10 tan jagung, maka 400,000 hektar diperlukan untuk mencapai pengeluaran 100 peratus tahap sara diri (SSL).

Oleh itu, program ini memerlukan kerjasama semua pihak terutama kerajaan-kerajaan negeri dan pejabat-pejabat daerah kerana mereka sahaja yang boleh memperuntukkan kawasan tanah untuk tujuan penanaman jagung.

Satu lagi manfaat program jagung ini adalah mampu mewujudkan kekayaan baharu untuk pengusaha.

Malaysia perlu mewujudkan satu ekosistem industri baharu yang memberi peluang besar kepada pengusaha di sepanjang rantaian nilainya termasuk benih, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan. Menyedari akan kepentingan tersebut dan dengan tujuan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang tanaman jagung bijian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal menganjurkan Persidangan Jagung Serantau (RCC) 2019 dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Pertanian serta ditaja oleh Kementerian Pertanian dan industri Asas Tani.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk RCC 2019, Dr. Zamri Ishak, persidangan tersebut sebagai platform kepada semua pemain utama dalam rantau Asean dan industri tempatan untuk mendepani isu berkaitan pengeluaran bijian berkualiti tinggi untuk makanan haiwan.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI berkata, sepanjang program tiga hari itu, 20 pakar berkenaan tanaman jagung dari rantau Asean akan membentang hasil kerja mereka.

Antara isu yang akan dibincangkan termasuk pengeluaran dan pengendalian lepas tuai, kualiti makanan haiwan, cabaran dan strategi pengangkutan dan penyimpanan jagung bijian, strategi, pelan dan polisi pengeluaran, teknologi penuaian, pembiakbakaan jagung dan isu penyelidikan jagung di Asia.

Pembentang terdiri daripada pakar tempatan dari MARDI; Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ghizan Salleh dan dari luar negara antaranya India Filipina Indonesia dan Thailand. Peserta juga akan dibawa melawat ladang jagung bijian di Stesen Penyelidikan MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang.


Sumber: Utusan Online, 25 Februari 2019

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s