Bayan Lepas, 23 Februari – YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini telah merasmikan Program AgroInvest Siri 1 2019 yang dianjurkan oleh MARDI di Hotel Vistana.
Program ini merupakan satu platform bagi pemandanan perniagaan antara MARDI dan rakan industri dalam memacu industri agromakanan agar lebih berimpak tinggi.
Penganjuran AgroInvest kali keempat ini disertai oleh 150 peserta dari pelbagai syarikat dan rakan industri. Sebanyak 53 teknologi terkini telah diperkenalkan kepada para peserta. Antaranya adalah seperti Minuman Herba 6S Bev, Nutrient Rich Tropical Fruit Breakfast Cereal, Edible Film, MD-2 Pineapple Seed, Baja Organo Mineral dan Mesin Pemisah Serabut Daun Nanas.
Turut diadakan adalah sesi klinik usahawan, pemadanan perniagaan untuk 53 ‘technology on offer’ dan pembentangan pelan strategi pemasaran daripada rakan industri MARDI.
Menurut YB Sim Tze Tzin, MARDI mengamalkan konsep 4C sebagai kaedah menyebarkan teknologi kepada golongan sasar seperti usahawan dan petani, iaitu: Contract research (Penyelidikan secara kontrak), Collaboration (Koloborasi), Consultation (Konsultansi) dan Commersialization (Pengkomersialan). Beliau berharap lebih ramai lagi rakan industri berani memasarkan produk atau teknologi hasil penyelidikan daripada institusi R&D seperti MARDI.
Bersempena program tersebut, YB Timbalan Menteri dan para peserta turut berkesempatan melawat pameran teknologi yang disediakan.
#AgroInvest #ourfoodourfuture #fromlabtotable #betterMARDI