Kemenangan Kumpulan KIK MARDI di Konvensyen Antarabangsa Team Excellence 2018

 

International Convention on Quality Control (ICQCC) merupakan acara tahunan yang dijalankan dan dikendalikan oleh 13 negara yang menganggotainya secara bergilir-gilir. Pada tahun ini, sebanyak 465 kumpulan daripada 15 negara telah menyertai pertandingan ICQCC yang diadakan pada 22 – 25 Oktober 2018 di Resorts World Sentosa, Singapura.

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan D’DIEBACK (Pusat SS) -mewakili MARDI dan juga Malaysia yang telah berjaya memenangi anugerah pingat EMAS dalam kategori ‘Competition’ di ICQCC 2018 dengan tajuk inovasi ‘The Inoculation Process Of Antidieback Agent On The Papaya Farms Are Time Consuming’.

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada semua Kumpulan KIK MARDI yang sangat komited dalam pertandingan dianjurkan ini. Diharapkan dengan kemenangan mereka ini dapat mencetuskan semangat inovasi yang lebih membara di kalangan warga MARDI agar dapat terus maju di persada dunia.

#fromlabtotable #ourfoodourfuture #betterMARDI

Advertisements