MARDI Warna 98 – Varieti Padi Warna Baharu, Gaya Hidup Sihat!

PENGENALAN MARDI Warna 98

Selaras dengan perkembangan industri padi warna di Malaysia, MARDI sekali lagi memperkenalkan varieti padi warna yang baharu iaitu MARDI Warna 98. Biji beras padi warna ini berwarna merah iaitu daripada pigmen antosianin yang mempunyai nilai antioksida yang tinggi. Selain nilai antioksida, kandungan zat galian beras merah yang tinggi menyumbang kepada permintaan yang tinggi di dalam kalangan pengguna yang mementingkan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, program pembaikbakaan padi spesialti menyasarkan kepada penghasilan varietivarieti padi warna yang mempunyai ciri kualiti dan nutrisi tinggi untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Di samping itu, penambahbaikan ciri morfologi dan hasil dijangka dapat memenuhi kehendak petani melalui penanaman sebanyak dua kali setahun dan dituai menggunakan jentuai bagi memperoleh pulangan mengilang yang lebih baik.

Brosur-Padi-Warna-98-MARDI

POKOK DAN BIJI PADI

MARDI Warna 98 mempunyai ketinggian pokok yang sederhana dan mempunyai daun pengasuh yang tegak. Baka ini matang 3 – 4 hari lebih awal berbanding dengan varieti padi warna sebelum ini iaitu MRM 16. Tinggi pokok ialah 92 – 94 cm. Panjang tangkai varieti ini (23 – 25 cm) hampir sama panjang dengan MRM 16 (24 – 26 cm). Purata hasil ialah 4.5 – 6.7 tan sehektar.

KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT DAN PEROSAK

MARDI Warna 98 rintang terhadap penyakit Karah Daun, sederhana rintang terhadap penyakit Karah Tangkai dan penyakit Merah Virus tetapi sederhana rentan terhadap Hawar Daun Bakteria, Hawar Seludang dan Benah Perang

PEMBAIKBAKAAN VARIETI MARDI WARNA 98

Penyelidikan dan pembangunan varieti ini telah bermula pada musim utama 2003/2004 dengan kacukan awal antara varieti tradisional Hijau Manis dan Jaya Malay. Hasil kacukan ini didaftarkan sebagai RU 9757. Seterusnya ia melalui proses pembaikbakaan yang standard iaitu pemilihan titisan pedigri, ujian hasil awal, ujian hasil lanjutan, ujian multilokasi dan ujian penentusahan setempat (LVT).

Brosur_-_Padi_Warna_98_MARDI-01

CIRI PENGILANGAN DAN MUTU NASI

Perolehan mengilang bagi beras MARDI Warna 98 adalah lebih baik berbanding dengan MRM 16 dengan perbezaan sebanyak 12.7%. MARDI Warna98 tergolong dalam kategori beras panjang dan tirus kerana panjang berasnya melebihi piawaian 6.21mm. Kandungan amilosa varieti MARDI Warna 98 adalah sederhana berbanding dengan MRM 16 yang mempunyai kandungan amilosa yang rendah. Namun, nasi MARDI Warna 98 adalah lembut.

Varieti ini juga mengandungi kelebihan nutrisi iaitu mempunyai nilai lemak rendah, tinggi zat besi dan magnesium serta sebagai sumber serat makanan (lebih 3 g/100 g), protein (lebih 5 g/100 g) dan kalium. Kandungan nutrisi nasi ditunjukkan seperti dalam Jadual 2.

Brosur_-_Padi_Warna_98_MARDI-jadual-01

Brosur_-_Padi_Warna_98_MARDI-jadual-3-01

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Pusat Penyelidikan Padi dan Beras
Ibu Pejabat MARDI
Serdang, Selangor
Tel: 03-8953 6200

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s