Maklumat Mengenai Sistem Pengeluaran Clearfield® di Malaysia

clearfield-graphic-my

Terdapat ramai petani yang bertanya mengenai kaedah terbaik bagi mengawal penularan padi angin di sawah mereka sekaligus mencapai hasil tanaman yang konsisten sehingga 8 tan per hektar. Kaedah terbaik untuk mendapat hasil tanaman yang banyak adalah dengan Sistem Pengeluaran Clearfield® yang lengkap dan merangkumi 4 bahagian penting yang utama. Sehingga kini, tiada sebarang sistem lain di Malaysia yang mampu mencapai tahap yang serupa dengan Sistem Pengeluaran Clearfield, di mana sistem ini merupakan alatan yang penting untuk membantu mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran makanan di Malaysia. Sistem Pengeluaran Clearfield termasuklah:

  1. Benih-benih sah bagi variety beras MR 220CL1 dan MR 220CL2
  2. Racun rumpai yang telah didaftarkan oleh BASF dibawah jenama ONDUTY®
  3. Surfactant Tanagam, untuk mengaktifkan kesan racun rumpai di tanah walaupun dalam keadaan yang basah
  4. Panduan Lengkap bagi Kaedah Penanaman Beras Clearfield

Para petani boleh mencapai hasil pengeluaran yang diidamkan bagi jangka masa panjang apabila keempat-empat bahagian utama bagi Sistem Pengeluaran Clearfield yang lengkap digunakan, walaupun terdapat kehadiran padi angin yang kebal kepada racun rumpai.

Walaubagaimanapun, dengan penggunaan benih tidah sah dan bahan kimia lain secara berasingan selain dari empat bahagian Utama bagi Sistem Pengeluaran Clearfield, hasil tanaman yang dikehendaki tidak akan dapat dicapai. Para petani di Malaysia harus dilindungi dari terus dipengaruhi dengan penggunaan produk-produk yang tidak sah ini.

Alatan bagi pengurusan ketahanan ini boleh didapati didalam Panduan Penggunaan Produk, salah satu bahagian penting bagi keseluruhan Sistem Pengeluaran Clearfield yang lengkap.

Soalan-Soalan Lazim

Soalan-soalan dan jawapan-jawapan berikut amat penting kepada para petani dan komuniti pertanian untuk diberi perhatian:

Adakah Sistem Pengeluaran Clearfield masih berkesan dalam mengawal masalah padi angin walaupun tabiat padi angin yang semakin kebal terhadap racun rumpai?
Ia adalah berkesan jika sistem tersebut digunakan secara menyeluruh termasuk keempat-empat bahagian utama sistem tersebut. Benih-benih dan bahan kimia tidak sah, ataupun yang setaraf dengannya, jika digunakan secara berasingan selain daripada 4 bahagian Utama Sistem Pengeluaran Clearfield, tidak akan dapat mencapai hasil yang diinginkan. Dengan peningkatan daya tahan terhadap racun dan sebagainya, penggunaan sistem Clearfield secara menyeluruh amatlah digalakkan.

Bagaimana saya boleh mengelak daripada menggunakan benih-benih dan bahan kimia tidak sah?
Beli hanya melalui pengedar yang dilantik atau agen padi sah.

Mengapa harga Sistem Pengeluaran Clearfield lebih mahal berbanding anak benih yang terdapat di pasaran?
Penggunaan Sistem Pengeluaran Clearfield adalah berkesan sekiranya digunakan secara keseluruhan dan lengkap dengan keempat-empat bahagian utama sistem tersebut. Jumlah kos adalah termasuk anak benih padi, racun rumpai, surfactant dan Panduan Penggunaan Produk.

Bolehkan saya menggunakan Sistem Pengeluaran Clearfield dengan jentera seperti jentera mesin penuai padi?
Boleh. Pastikan anda mengikuti Panduan Penggunaan Produk terutama dalam proses penyediaan tanah sawah.

Saya ada membeli anak benih CL1 di pasaran pada tahun lepas buat pertama kali dan telah mendapat hasil yang lumayan. Justeru, kenapa saya perlu menggunakan keempat-empat bahagian sistem tersebut?
Keberkesanan Sistem Pengeluaran Clearfield tidak dapat dicapai dalam tempoh jangka masa panjang jika keempat-empat sistem utama tersebut tidak digunakan secara menyeluruh.

Selain Clearfield, adakah sistem alternatif lain yang dapat mengawal penularan padi angin di Malaysia?
Tidak ada sistem lain untuk mengawal masalah padi angin di Malaysia. Hanya Sistem Pengeluaran Clearfield sahaja yang terbukti berkesan mengawal masalah padi angin.

Jika saya menggunakan Sistem Pengeluaran Clearfield, adakah sebarang jaminan untuk mendapat hasil tanaman yang tinggi?
Terdapat banyak factor yang menyumbang kepada hasil tanaman termasuk pelbagai jenis serangga perosak dan penyakit, keadaan cuaca yang tidak menentu dan sebagainya. Walaubagaimanapun, jika Sistem Pengeluaran Clearfield digunakan dengan sempurna, ia mampu mengawal penularan padi angin yang berleluasa.


Muat turun di sini : Panduan Penggunaan Padi Clearfield

Untuk maklumat lanjut mengenai keadah penggunaan Sistem Pengeluaran Clearfield, sila hubungi:

Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI : +03-8953 6200
BASF Malaysia : +603 5628 3733.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s