MARDI Lancar Inisiatif Penjenamaan Semula

Inisiatif Penjenamaan Semula MARDI-01

Serdang, 19  September  –  Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini dengan jayanya telah melancarkan inisiatif penjenamaan semula MARDI yang diadakan pada malam berprestij, Malam Anugerah Inovasi Tani MARDI di sini. Penjenamaan semula MARDI ini terkandung dalam perkara keempat Bajet 2016 melalui peruntukan yang telah di salurkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia merupakan salah satu inisiatif dalam memperkasakan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian sebagai sumber makanan negara.

Inisiatif penjenamaan ini secara khususnya memberi penekanan kepada pelbagai aspek termasuk perubahan budaya kerja, memperkasa kapasiti dalaman melalui latihan berterusan, pengukuhan jati diri setiap warga dan memperbaharui Rancangan Strategik Korporat yang menekankan kepada memperkasa peranan MARDI sebagai sebuah institusi penyelidkan unggul dalam bidang agro-makanan.

Disamping itu, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman pada hari ini juga telah meraikan rakan strategik MARDI bagi menghargai dan mengiktiraf peranan pelbagai pihak yang terdiri daripada agensi-agensi pusat, jabatan, syarikat-syarikat swasta, usahawan dan pengguna teknologi MARDI.

Rakan Strategik merupakan aset utama aktiviti penyelidikan dalam memastikan teknologi yang dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran serta boleh diaplikasikan dengan mudah,  kos efektif serta boleh menjana kekayaan. Rakan strategik MARDI yang terdiri daripada pelbagai pemegang taruh ini akan menjadi pengimbang atau ‘check and balance’ dalam memastikan MARDI melaksanakan mandatnya dengan berkesan.


Brosur Inisiatif Penjenamaan Semula MARDI boleh didapati di sini

Rujuk album Malam Anugerah Inovasi Tani MARDI di Facebook Rasmi untuk lagi gambar

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s