Sistem standard khas durian akan diperkenalkan bagi elak penipuan

standard_durian

PUTRAJAYA – Satu sistem standard khas bagi durian akan dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan raja buah tersebut terjamin dari segi kualiti selain mengelak pengguna daripada ditipu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sistem tersebut akan dibangunkan oleh kementerian dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Tidak mustahil suatu hari nanti, durian mempunyai sijil pengesahan sendiri melalui sistem standard khas yang kita bangunkan di mana setiap durian misalnya Musang King mempunyai label dan pelekat yang disahkan.

“Bagaimanapun, pengesahan kualiti dan jenis durian itu mestilah mendapat kelulusan daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),” katanya pada sidang akhbar sempena program Festival Durian Road To Nanning, China 2017 di sini hari ini.

Menurut Ahmad Shabery, dengan adanya sistem tersebut maka pengguna dapat memastikan produk durian yang dibeli adalah berkualiti dan berbaloi dari segi harga yang dibayar.

“Apa yang paling penting bagamaina kita bangunkan sistem standard khas ini bagi memastikan pengguna tidak ditipu peniaga yang mendakwa durian tersebut adalah Musang King namun sebenarnya mereka menjual durian kampung D20 atau D24,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, sistem tersebut juga dilengkapi dengan kod respons pantas unik (QR Code) di mana pengguna hanya membuat imbasan menggunakan telefon dan semua info berkaitan durian tersebut akan dipaparkan misalnya nama pokok, lokasi pengeluaran dan nama syarikat. – K! ONLINE


Sumber: Kosmo! Online, 16 Ogos 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s