Sistem standard khas durian akan diperkenalkan bagi elak penipuan

standard_durian

PUTRAJAYA – Satu sistem standard khas bagi durian akan dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan raja buah tersebut terjamin dari segi kualiti selain mengelak pengguna daripada ditipu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sistem tersebut akan dibangunkan oleh kementerian dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Tidak mustahil suatu hari nanti, durian mempunyai sijil pengesahan sendiri melalui sistem standard khas yang kita bangunkan di mana setiap durian misalnya Musang King mempunyai label dan pelekat yang disahkan. Continue reading “Sistem standard khas durian akan diperkenalkan bagi elak penipuan”

Tahniah MARDI atas kejayaan di Konvensyen Team Excellence (ICC) Peringkat Wilayah Utara

Konvensyen Team Excellence (ICC) Peringkat Wilayah Utara telah berlangsung pada 15-16 Ogos 2017 di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan-kumpulan KIK MARDI yang telah berjaya dalam konvensyen tersebut.

Berikut adalah senarai Kumpulan KIK beserta Tajuk Projek yang telah dipertandingkan. Untuk makluman, kumpulan-kumpulan yang telah berjaya di peringkat wilayah ini akan berpeluang untuk bertanding ke peringkat Kebangsaan (Annual Productivity & Innovative Convention – APIC) pada November akan datang dan sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka semua di peringkat yang lebih tinggi!

tahniah kik