Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

mardi

ALOR SETAR, 1 Feb – Satu daripada faktor kenapa masyarakat petani kehilangan hasil sebaik padi dituai adalah disebabkan kurang memberikan tumpuan terhadap penyelenggaraan jentera penuai, kata seorang pegawai kanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Timbalan Pengarah Program Mekanisasi Lepas Tuai dan Pemprosesan Makanan, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI, Dr. Azman Hamzah berkata, hasil kajian verifikasi di kawasan pihak berkuasa pembangunan pertanian di Kedah, Terengganu dan Kelantan sejak 2014 mendapati 50 kilogram padi bagi setiap lima metrik tan sehektar akan hilang disebabkan faktor tersebut.

“Ini bukanlah sesuatu yang patut dipandang sepi kerana kajian keseluruhan pada 2015 mendapati daripada 2.9 juta metrik tan padi yang dituai, 259,000 metrik tan hasil padi hilang selepas tuaian melibatkan kerugian kira-kira RM311 juta,” katanya selepas menghadiri Bengkel Penyelarasan Jentuai di Kompleks Latihan MADA, Kota Sarang Semut, di sini, hari ini.

Katanya, bagi mengatasi masalah itu kajian mendapati, pengendali jentera penuai perlu memastikan mata pisau pemotong padi di bahagian meja pemotong dilaras agar mengikut ketinggian pokok padi dan tidak mengenai tanah atau pasir.

“Bahagian pelerai perlu dipastikan berfungsi dalam keadaan baik agar dapat mengasingkan padi dengan tangkai jerami selain memastikan bahagian lantai dan dinding pengayak dan tangki simpanan padi tidak bocor.

“Selain itu, kita juga melihat kepada laluan jentera penuai ketika di kawasan sawah dan juga dari segi pemindahan padi dari lengan (alat buang padi ke lori) yang perlu ditutup agar padi tidak diterbangkan angin dan terjatuh daripada lori,” katanya.

MARDI juga mencadangkan agar kajian tentang rantaian penuaian ini dimasukkan di dalam penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk diguna pakai suatu hari nanti termasuk dari segi pengangkutan, pengeringan, pengilangan, dan penyimpanan.

“Apabila kajian ini diterima baik oleh agensi, pengusaha persendirian dan syarikat swasta, saya syorkan kepada kerajaan jadikannya SOP supaya hasil padi akan terus meningkat dan tiada lagi kerugian kepada petani dan negara,” katanya.

Pada bengkel kali ini, seramai 60 orang peserta terdiri daripada wakil MADA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan syarikat-syarikat swasta berkepentingan hadir mendengar taklimat tersebut.

“Bengkel seumpama ini akan diteruskan agar dapat memberi kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan pelarasan jentera penuaian setiap kali musim menuai.

“Kehilangan padi selepas tuai ialah kehilangan biji padi akibat daripada tumpahan, kecuaian pengendalian mesin atau jentera, ketidakcekapan dalam setiap rantaian operasi lepas tuai, sistem pemprosesan di kilang yang kurang efisien dan ini perlu diatasi,” katanya.

Sumber : Bernama, 1 Feb 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: