Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Varieti Padi MARDI Wangi 88

padi-mardi-wangi-88

Varieti padi MARDI Wangi 88 mula dibangunkan pada 2003 yang menggunakan induk popular dari Filipina iaitu IR831 dan MRQ74. Dua sister line yang uniform telah dihasilkan iaitu MARDI Wangi 88 dan MRQ89.

Seterusnya ia melalui proses pembaikbakaan yang standard iaitu pemilihan titisan pedigri, ujian hasil awal, ujian hasil lanjutan, ujian multi lokasi dan ujian penentusahan setempat (LVT). Hasil ujian kesemua proses ini menunjukkan MARDI Wangi 88 lebih rintang kepada penyakit dan perosak utama padi tetapi hasul padi kurang berbanding dengan MRQ89.

MRQ88 merupakan produk pokok yang sederhana tinggi dengan morfologi kanopi pokok dan daun pengasuh yang tegak. Potensi hasil adalah sekitar 4.5 – 5.0 tan/ha. Ciri pulangan mengilang sekitar 63% dengan ciri beras yang panjang dan tirus. Skor wangi MARDI wangi 88 lebih baik berbanding dengan MRQ74 dan setanding dengan MRQ76. Ciri utama yang membezakan MRQ88 dengan MRQ74 dan MRQ76 ialah dari segi kandngan amilosa yang sederhana yang setara dengan nasi yang sederhana lembut. Ciri ini berbeza berbanding dengan MRQ74 yang nasinya peroi dan MRQ76 yang ciri nasinya lembut dan melekit. Dengan itu, MARDI Wangi 88 ini berada antara dua kelas yang dinyatakan. Ciri nutrisi adalah lebih baik berbanding dengan MR89.

Ia boleh dipromosikan sebagai beras wangi cita rasa Malaysia yang mana kebanyakan penduduk lebih menggemari beras yang sederhana lembut. Promosi juga boleh menyasarkan bukan penggemar beras wangi kerana ciri nasi yang sama seperti beras biasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: