Kurangkan kehilangan padi lepas tuai

jentera-padi

Krisis kekurangan bekalan makanan yang melanda dunia apabila bencana alam sering mengganggu berpotensi mendatangkan pelbagai kemelut bukan lagi menjadi isu baharu. Disebabkan bilangan penduduk dunia yang semakin bertambah, maka ia turut menyumbang kepada peningkatan keperluan bekalan makanan yang drastik.

Dengan itu, pelbagai inisiatif dan langkah sewajarnya telah diambil bagi mengatasi masalah ini, walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi permintaan terhadap bekalan makanan.

Apa yang pasti, kecukupan bekalan makanan dapat dijamin dengan peningkatan pengeluaran makanan, pengurangan kehilangan lepas tuai hasil pertanian dan kecekapan dalam pengedaran makanan.

Kehilangan lepas tuai bagi hasil tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan ruji masyarakat iaitu padi merupakan antara perkara yang paling penting dalam aktiviti lepas tuai di negara ini.

Melihatkan masalah ini, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menerima mandat daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjalankan kajian verifikasi kehilangan lepas tuai padi. Continue reading “Kurangkan kehilangan padi lepas tuai”