Laporan Penyiasatan Penyakit Ayam

ayam sakitMerujuk kepada penyakit ayam yang diviralkan di laman sosial dan di aplikasi whatsapp, adalah dimaklumkan bahawa isu ini telah ditimbulkan pada pertengahan tahun lalu dan pihak DVS telah pun membuat kenyataan media bagi menjawab isu tersebut.

Ditekankan sekali lagi bahawa tiada penyakit misteri pada ayam. Merujuk kepada gambar-gambar yang diviralkan ini disebabkan oleh ayam di ladang tersebut tidak di vaksin diperingkat awal usianya. Penyakit ini tidak boleh menjangkiti manusia (zoonotik).

Manakala tanda-tanda “erythematous vesicular papules” pada jari dan tangan manusia yang disertakan adalah tanda penyakit yang khusus pada manusia dan berkemungkinan disebabkan oleh penyakit “Hand-Food-and Mouth Disease”. Kedua-dua penyakit ini berbeza dari segi virus penyebabnya dan juga “host” yang akan dijangkiti.

Oleh yang demikian penyakit haiwan yang digambarkan jika benar berlaku tidak akan mendatangkan risiko jangkitan pada manusia. Begitu juga sebaliknya penyakit manusia tersebut tidak akan menjangkiti ayam.

Orang awam digalakkan melayari laman-laman web yang boleh dipercayai bagi memahami penyakit-penyakit haiwan.

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA)

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s