Teknologi Multispesies Dalam Taman MARDI

multispesis-pic-1

Teknologi multispesis merupakan satu pendekatan penanaman bunga-bungaan secara percampuran pelbagai spesis dalam satu komuniti. Bunga-bungaan semusim ditaman dalam landskap bertujuan untuk mendapatkan kepelbagaian warna bagi menambahkan lagi seri taman.

Penanaman bunga-bungaan multispesies secara komuniti merupakan satu pendekatan baharu dalam perlandskapan yang kini dikaji dan diterokai. Hasil penyelidikan MARDI mendapati beberapa spesis bunga-bungaan semusim sesuai ditaman secara percampuran bagi membentuk komuniti tanaman multispesis yang mengeluarkan bunga berwarna-warni dengan hayat tanaman sehingga lima bulan.

Kelebihan

  • Menghasilkan komuniti tanaman baharu.
  • Memulihara kepelbagaian biologi.
  • Meningkatkan nilai estetik taman.
  • Memudahkan penyelenggaraan tanaman.
  • Melestarikan landskap taman.

Impak Landskap

Naturalistik – Komuniti tanaman yang kelihatan unik dan semula jadi.
Warna-warni – Aneka warna bunga-bungaan dalam taman.
Landskap Dinamik – Kedinamikan struktur dan corak pembungaan dalam taman.
Lestari – Komuniti tanaman bunga-bungaan semusim yang lebih lestari untuk jangka masa panjang

multispesis-pic-2

Potensi Komersial

Penanaman bunga-bungaan secara multispesis merupakan trend baru di negara ini yang berpotensi dipraktikkan untuk tujuan pengindahan kawasan yaman, Melalui kaedah penanaman secara percampuran, komuniti tanaman hiasan dapat mengeluarkan bunga-bungaan dalam tempoh yang panjang dan kurang penyelenggaraan. Potensi pengguna teknologi multispesis ialah arkitek landskap, hortikulturis, pengusaha, perunding landskap dan penggemar landskap taman.

Untuk keterangan lanjut, hubungi:

Pengarah,
Pusat Penyelidikan Hortikultur
Ibu Pejabat MARDI
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-8953 6260
Faks: 03-8953 6270

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s