KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Rakyat Malaysia membazirkan sebanyak 15,000 tan metrik makanan sehari termasuk 3,000 tan yang masih boleh dinikmati dan tidak sepatutnya dibuang.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Nogeh Gumbek berkata pembaziran makanan semakin meningkat pada musim-musim perayaan dan dilihat sebagai satu tabiat yang seharusnya dikekang bagi memastikan amalam membazir tidak berterusan.
“Kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan 28.4 peratus daripada jumlah padi yang dihasilkan juga hilang begitu sahaja.
“Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula, 20 hingga 50 peratus dibuang dan tidak sampai ke pengguna,” katanya selepas merasmikan Forum ‘MySaveFood’ di sini, hari ini. Continue reading “Rakyat Malaysia Bazir 15,000 Tan Makanan Sehari”