Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

6974408-cracked-dried-land-of-rice-field

GEORGE TOWN, 16 Mac – Fenomena El Nino yang berlarutan dijangka menjejaskan pengeluaran dan jadual penanaman padi luar musim untuk tahun ini, kata Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Pulau Pinang Azmi Abdul Razak.

Azmi berkata proses penuaian padi dilakukan Januari lepas dan sepatutnya penanaman akan bermula akhir Mac atau awal April namun sehingga kini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih belum dapat membekalkan air.

Katanya, penanaman luar musim untuk tahun ini amat bergantung kepada JPS dan mungkin disebabkan musim kemarau, bekalan air masih belum dapat dibekalkan.

“Sekiranya fenomena El Nino ini berlarutan, saya menjangkakan pengeluaran padi di daerah Seberang Perai Utara ini akan terjejas dan jadual penanaman juga terpaksa dilanjutkan,” katanya kepada Bernama di sini ketika dihubungi Rabu.

Katanya, mengikut jadual yang dikeluarkan JPS dengan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, bekalan air akan diberikan pada 11, 21 dan 31 Mac namun sehingga hari ini, air masih belum mencukupi untuk memulakan penanaman baru.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi pada 8 Mac lepas, cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang dialami sekarang diramal kembali normal pada Jun.

Sementara itu, seorang pengusaha dusun buah-buahan di Balik Pulau, Tang Boon Ley berkata pengeluaran buah-buahan dijangka berkurangan dan harga mungkin lebih mahal berbanding musim-musim lepas berikutan keadaan cuaca yang sangat panas.

Beliau berkata banyak anak pokok-pokok buah limau, cempedak dan rambutan telah gugur akibat cuaca panas yang mencecah 38 darjah Celsius dan kebanyakannya terpaksa ditanam semula.

“Saya juga terpaksa membina pelbagai saliran air yang baru supaya dapat menyalurkan air yang mencukupi khususnya untuk anak-anak pokok buah-buahan yang masih belum matang untuk menghadapi musim panas ini,” katanya.

Katanya bagi pokok-pokok yang matang, beliau juga terpaksa menyiramnya setiap hari supaya tidak kekeringan.

Tang berkata fenomena ini mengakibatkan beliau mengalami kerugian kerana terpaksa berbelanja lebih bagi membina saliran air manakala pengeluaran buah juga berkurangan.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: