Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

sharif-haron_makanan_600_1

PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) — Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang dalam sehari di Malaysia merupakan pembaziran yang boleh dielakkan, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Dr Sharif Haron.

Merujuk kepada statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan telah mengerakkan inisiatif Save Food Malaysia (MYSaveFood) pada tahun lepas sebagai usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini.

MySaveFood diwujudkan berdasarkan SaveFood Campaign, satu inisiatif global yang diperkenalkan oleh Messe Duseeldorf Group di Berlin, Jerman pada 2011, dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), katanya.

Sharif berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut melancarkan kempen ‘MYSaveFood’.

Sharif berkata FAO menganggarkan satu pertiga makanan yang dihasilkan atau 1.3 bilion metrik tan yang bernilai RM4.4 trilion di dunia hilang atau dibazirkan.

“FAO memandang serius terhadap kehilangan dan pembaziran makanan yang berlaku di seluruh dunia dan mula menggerakkan inisiatif SaveFood ke negara Asia Pasifik termasuk Malaysia,” katanya.

Sebanyak 350 institusi dan organisasi serta lebih 50 buah negara telah menyertai SaveFood sejak 2011.

Sharif berkata Mardi dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani menjadi koordinator bagi inisiatif MYSaveFood di Malaysia bagi menjalankan kempen meningkatkan kesedaran mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan.

“Juga menubuhkan jaringan MYSaveFood untuk membentuk jaringan kerjasama dengan sektor swasta, badan bukan kerajaan, persatuan pengguna dengan sokongan padu daripada kementerian dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: