Padi MARDI Siraj 297 – Varieti Padi Berhasil Tinggi

#padimardisiraj2

Pembangunan dan pengenalan beberapa varieti baharu berhasil tinggi iaitu MR253, MR263 dan MR269 telah meningkatkan hasil dan mengurangkan serangan penyakit. Varieti-varieti ini diperkenalkan berikutan penurunan kerintangan padi MR219 terhadap penyakit karah. Varieti terbaharu iaitu MARDI 284 yang telah diisytihar pada 17 Ogos 2015 juga salah satu varieti berhasil tinggi yang bertujuan untuk mempelbagaikan genetik dan pilihan kepada varieti sedia ada.

Padi MARDI Siraj 297 adalah varieti terbaharu MARDI yang berpotensi dan mampu memberikan hasil tuaian yang baik. Ia rintang kepada penyakit karah dan boleh menjadi salah satu alternatif kepada petani terutama di kawasan yang terdapat serangan penyakit karah yang serius. Potensi hasil adalah setanding dengan varieti terkini dan mempunyai citara nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan.

Keistimewaan Padi MARDI Siraj 297 ialah rintang kepada penyakit karah daun, karah tangkai dan penyakit merah virus. Ia juga sederhana rintang kepada perosak benah perang.

Padi MARDI Siraj 297 telah diuji di beberapa kawasan di jelapang padi utama. Hasil tertinggi varieti Padi MARDI Siraj 297 adalah di Sanglang, Perlis iaitu 8495 kg/ha berbanding MR263 (8092 kg/ha). Ia juga mencatat hasil yang baik di Guar Chempedak, Permatang Bendahari dan Kampung Gelam di Kedah. Potensi hasil yang baik dan stabil adalah faktor utama varieti ini telah dipilih untuk dimajukan ke peringkat penentusahan setempat.

Majlis Pengisytiharan Padi MARDI Siraj 297 ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Raja Perlis pada hari ini, 2 Februari 2016. Turut hadir, YAB Dato’ Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Hj Hamdan Bahari, Speaker DUN Perlis, YB Dato’ Mohd Fadil Osman, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI dan YBhg Dato’ Dr. Sharif Haron, Ketua Pengarah MARDI.

‪#‎betterMARDI‬

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s