Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

TATML 27 Oktober 2015 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Dan Lawatan Ke Projek Menaik Taraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat Pembangunan Dan Infrastruktur oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharif Bin Haron, Ketua Pengarah MARDI serta diserikan dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Datuk Rashidi Bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.
Turut diadakan sesi menandatangani Dokumen Penyerahan Projek Menaiktaraf Prasarana Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, lawatan ke tapak projek dan sesi menandatangani pluk Penyerahan Bangunan Dan Infrastruktur.
pic 1 lang

Pihak TATML amat berbesar hati dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Rashidi Bin Hasbullah kerana  lawatan ini merupakan lawatan kali kedua beliau ke TATML. Sebagai tanda meraikan para jemputan, TATML menghidangkan menu minum petang istimewa roti jala dicicah kari rusa. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Hussain Bin Moh Setiausaha Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC, Encik Anuar Bin Razak Pengarah MOTAC Kedah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Wakil-wakil Media, Kakitangan TATML dan semua jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis. Turut diadakan pada 26 Oktober 2015 bertempat di TATML, Majlis Perjumpaan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharif Bin Haron bersama Pengurus-pengurus Stesen MARDI. Disertakan foto sekitar majlis tersebut.
Sekian, berita semasa TATML – Oleh, Haslinda Hashim
pic 2 lang pic 3 lang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: