Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Masalah jerebu yang berlaku di beberapa tempat di pantai barat Semenanjung Malaysia sekarang adalah berpunca dari asap pembakaran hutan di negara jiran.  Jerebu akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada sektor pertanian.  Jika tempoh jerebu ini berpanjangan, ianya secara langsung akan mengurangkan hasil pertanian.

Subsektor tanaman akan mengalami kekurangan hasil kerana tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tujuan fotosintesis dan tumbesaran. Apabila produktiviti tanaman berkurangan kerana jerebu, pancaran lemah matahari boleh menyebabkan kematian tanaman. Walau bagaimanapun, kesan sebegini hanya akan terjadi sekiranya jerebu berlaku untuk jangka masa panjang dan kesan pada pengeluaran tidak berlaku dengan ketara untuk tempoh masa pendek bagi tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Berikutan itu, anggaran kerugian yang dialami oleh petani tidak dapat ditentukan.

Bagi tanaman padi, kesan lebih teruk jika pengurangan sinaran matahari berlaku pada peringkat bunting dan berbunga berbanding pada peringkat-peringkat lain, kerana memberi kesan kepada pembentukan komponen utama hasil padi iaitu tangkai dan biji padi. Buat masa ini, tiada kajian atau penyelidikan dibuat ke atas kesan jerebu terhadap tanaman padi mengikut peringkat-peringkat tanaman. Mengikut International Rice Research Institute(IRRI),Rice Physiology Book sebanyak 10% dijangkakan hasil petani akan berkurang akibat daripada faktor cuaca seperti sinaran matahari dan suhu.

Kesan jerebu kepada subsektor perikanan boleh dibahagikan kepada 2 kesan utama:

  • Kesan Jangka PendekKerugian kepada nelayan berdasarkan bilangan hari tidak dapat keluar menangkap ikan kerana faktor penglihatan yang terhad. Contohnya, nelayan di daerah Muar mengalami kerugian dianggar sebanyak RM100 sehari apabila tidak dapat keluar menangkap ikan.
    Jumlah kerugian yg dianggarkan untuk subsektor perikanan adalah sebanyak RM1,285,200 untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yang dijangka dihadapi oleh kira-kira 3,285 orang nelayan di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu.
  • Kesan Jangka PanjangKesan ke atas ekosistem perairan laut akibat kurang cahaya matahari yang akan menjejaskan pertumbuhan plankton yang seterusnya akan menjejaskan rantaian makanan dalam ekosistem tersebut. Bagaimanapun jerebu biasanya belaku dalam tempoh yang singkat dan sementara. Oleh itu kesan secara keseluruhannya kepada eksosistem primer di laut adalah kecil.

Bagi subsektor ternakan, jerebu hanya memberi kesan kepada aktiviti ternakan ayam sahaja. Ternakan tersebut akan terdedah kepada masalah pernafasan seperti radang paru-paru dan jangkitan saluran pernafasan. Bagi mengatasi masalah ini, ternakan tersebut perlu dibekalkan dengan lebih banyak air dan ini mengurangkan pengambilan makanan dengan ketara. Akibatnya, berlaku pengurangan kadar pertumbuhan ternakan dan memanjangkan tempoh tumbesaran lebih 3 – 5 hari berbanding tempoh tumbesaran normal. Berikutan itu, kos pengeluaran akan meningkat kerana suplemen yang perlu dibekalkan bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mengurangkan kadar kematian ternakan ayam.

Kos pengeluaran sepanjang tempoh pembesaran bagi 1 ekor ayam (40 hari) adalah kira-kira RM5. Kos makanan dan suplemen bagi 1 ekor ayam adalah RM0.20 sehari (100g). Sehubungan itu, pertambahan 5 hari akan meningkatkan kos kepada RM1 untuk setiap ternakan. Jika jumlah ternakan yang diperolehi adalah sebanyak 100,000 ekor, maka kos pengeluaran yang perlu ditanggung adalah RM100,000.

Jumlah kerugian yg dianggarkan untuk subsektor ternakan adalah sebanyak RM160,000 sehari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yg dijangka dihadapi oleh kira-kira 2,000 org penternak ayam di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu.

Input disediakan oleh

Encik Zahari Hj. Shahid
Jabatan Pertanian
03-8870 3015

Dr. Mazuki Hashim
Jabatan Perikanan Malaysia
03-8870 4206

Dr. Wan Mohd. Kamil Dato’ Wan Nik
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
03-8870 2448

Dr. Mohd Norowi Hamid
MARDI
03-89437388

Encik Mohamad Najib Bin Mohd Yusof
MARDI Bukit Raya
019-6638186

Sumber: Blog MOA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: