Test bed MARDI bantu IKS

test bed mardi bantu iksBergelar usahawan bukanlah suatu yang mudah tambahan jika anda merupakan usahawan industri kecil sederhana (IKS) yang memiliki kekangan dari segi modal dan infrastruktur untuk mengeluarkan produk.

Ramai dalam kalangan usahawan yang menarik diri dalam bidang pemprosesan makanan adalah kerana tidak memiliki modal untuk membuka kilang pemprosesan.

Menyedari keadaan tersebut, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil inisiatif membina sebuah makmal pemprosesan (test bed) untuk membantu usahwan IKS mengeluarkan produk mereka.

Dengan hanya mengenakan bayaran yang begitu berpatutan, kini usahawan IKS tidak perlu rungsing memikirkan modal yang besar untuk membina peralatan memproses produk mereka.

Antara sistem Test Bed MARDI yang popular ialah di Stesen MARDI Cameron Highlands yang memproses pelbagai produk berasaskan hasil pertanian di tanah tinggi tersebut.

Menurut Pembantu Penyelidik, Stesen MARDI Cameron Highlands, Pahang, Mohd. Haniff Mohd. Ibrahim sistem tersebut merupakan salah satu daripada bentuk khidmat sokongan yang dianjurkan di bawah Program Pembangunan Usahawan MARDI. Continue reading “Test bed MARDI bantu IKS”