Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

MARDI---ZEN-MoASERDANG,  17 Jun-  Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),  YBhg Dato’ Dr Sharif bin Haron telah memeterai perjanjian untuk menjalinkan kerjasama dengan sebuah Syarikat bagi menghasilkan satu genetik baru Benih Padi.

Melalui kerjasama yang akan dijalankan, MARDI dan Zen Cropscience Sdn Bhd akan menghasilkan genetik padi berkualiti melalui kerjasama membangunkan varieti baru dengan menghasilkan padi yang tahan kepada penyakit yang disebabkan bakteria (Xanthomonas Oryzae Pv Oryzae) dan kulat (Pricularia dan Magnaporte).  

Melalui kerjasama yang dijalankan menggunakan pendekatan kejuruteraan genetic  (GM) dengan menjalankan kajian pemindahan genetik baru  berkenaan ke dalam tanaman padi. Hasil kerjasama ini akan menghasilan padi yang tahan kepada penyakit dan racun rumpai. Varieti yang dihasilkan berfungsi terhadap ketiga-tiga jenis ketahanan tersebut secara serentak.

Di dalam majlis itu juga, Ketua Pengarah MARDI, YBhg Dato’ Dr Sharif bin Haron juga telah mengumumkan mengenai kejayaan institusi ini merangkul empat pingat emas dan lima pingat gangsa di dalam pertandingan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) yang  telah berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen  Kuala Lumpur (KLCC) bermula 21 hingga 23 Mei 2015 baru-baru ini dengan membawa kejayaan 100%. Dalam pertandingan ITEX 2015 yang telah disertai penyelidik MARDI ini, kesemua penyertaan telah berjaya memenangi pingat kemenangan.   Kejayaan ini telah membuktikan MARDI telah berjaya menghasilkan produk berasaskan pertanian yang berkualiti sudah terbukti sehingga peringkat antarabangsa.

Turut hadir ke Majlis yang diadakan ialah YBhg Dato’ Dr Azizan bin Abd Rashid, Timbalan Ketua Pengarah MARDI, YBrs Encik Lee Kim Chai, Pengarah Zen Cropscience Sdn Bhd.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: