Program Fiesta 123 Lompat peringkat kebangsaan menumpukan kepada pertandingan matematik iaitu Sudoku, Math Magic, Kangaroo Math dan Tani Warriors Math Xplorace. Tani Warrior merupakan program sukan tani yang digabungkan dengan Program Math Xplorace. Program ini di sertai oleh 80 orang pelajar daripada sekolah-sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah berasrama penuh. Program Fiesta 123 Lompat telah dirasmikan oleh En. Shamsuddin bin Mustapha iaitu ketua penolong pengarah sektor pengurusan kebitaraan kokurikulum, bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster kecemerlangan.
Tani Warriors Math Xplorace dijayakan dengan usahasama Pusat Penyelidikan Hortikultur, Pusat Perkhidmatan Teknikal dan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12. Tani Warriors Math Xplorace bertujuan memberi pendedahan dengan melibatkan golongan remaja dalam aktiviti berasaskan teknologi pertanian. Ini merupakan satu tindakan proaktif untukmenarik minat golongan remaja dalam bidang pertanian di peringkat awal lagi.
Laporan disediakan oleh :-
1. Pn.Rashilah Mohamad
2. Pn.Noradhiah Mohd Mustapha
3. Cik.Nor Akma Yusof