Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

ALOR SETAR, 2 Jun (Bernama) — Perancangan membangunkan komuniti petani organik di negeri ini mampu dicapai sebelum tahun 2020, melalui beberapa perancangan kerajaan negeri khusus untuk meyakinkan petani melibatkan diri dalam pertanian organik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata ia antaranya melalui memanfaatkan sekurang-kurangnya dua peratus daripada keseluruhan 123,000 hektar tanah pertanian yang ada di Kedah.

“Buat masa sekarang sebanyak 4.6 hektar tanah pertanian di negeri ini telah diusahakan secara persendirian oleh petani sebagai ladang organik yang melibatkan 23 jenis sayur-sayuran di Padang Terap, Kubang Pasu, Yan dan Langkawi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pertanian Organik 2015 di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya tidak mudah untuk mengubah minda 300,000 petani di negeri ini yang lebih selesa dengan amalan pertanian konvensional.

Kerajaan negeri, katanya telah melancarkan jenama Kedah Organic di bawah Kedah Agro Sdn Bhd bagi memasarkan produk organik dari Kedah dalam usaha melibatkan lebih ramai petani menjalankan pertanian organik.

“Kita lihat usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri telah mula membuahkan hasil di mana kita lihat Kubang Pasu dan Langkawi antara dua daerah yang telah dikenal pasti sebagai peneraju utama bagi pengeluaran produk organik,” katanya.

Suraya memberitahu terdapat permintaan tinggi terhadap produk organik bagi dipasarkan ke Singapura melalui Agro Bazaar di sana, bagaimanapun jelasnya hasil produk organik masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

Justeru, beliau berharap lebih ramai petani di Kedah melibatkan diri dalam pertanian organik bagi membangunkan industri itu sebagai industri baharu yang dilihat mampu membangunkan ekonomi negeri.

– BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: