AgTIVE dapat bantu pesawah tingkatkan pengeluaran padi

agtive padiALOR SETAR 21 Mei – Penubuhan unit aktiviti pertanian dikenali sebagai AgTIVE diyakini dapat membantu pesawah di negeri ini me­ngatasi masalah penanaman padi sekali gus meningkatkan pengelua­ran hasil.

Ketua Pegawai Eksekutif Seri Merbok Ricemill Sdn. Bhd, Abu Samah Hashim berkata, kewujudan unit yang dilengkapi kenderaan empat roda melalui kerjasama dengan BASF (Malaysia) Sdn. Bhd itu dapat membantu pesawah berdepan dengan serangan padi angin dan faktor negatif lain yang memberi ancaman kepada hasil pertanian.

“Kenderaan ini boleh sampai ke mana-mana kawasan dengan cepat dan berkesan untuk membantu pesawah menyelesaikan masalah berkaitan penanaman padi.

“Kenderaan unit AgTIVE juga dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih untuk meninjau keadaan sawah seperti meter pH, analisis tanah dan air, kesuburan, penyakit dan musuh padi,” katanya ketika berucap dalam Maj­lis Pelancaran AgTIVE di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Sharif Haron.

Mengulas lanjut, Abu Samah berkata, penubuhan sebuah unit AgTIVE memerlukan kos sebanyak RM150,000 dan dianggotai oleh seorang kakitangan teknikal dan pemandu.

“Buat masa ini, dua unit AgTIVE diwujudkan dan akan ditambah kepada lima atau enam pada masa akan datang untuk memperluaskan bimbingan kepada para pesawah terutama melibatkan mereka yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Fokusnya berbentuk dua hala, pertama untuk menyampaikan maklumat dan panduan prosedur manakala kedua untuk mendapatkan maklum balas serta mengetahui masalah petani,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: