Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

harumanis perlisPADANG BESAR – Ikon Perlis, mempelam ‘Harumanis’ secara rasmi disahkan sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran jenama itu diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Keselamatan Sempadan Negeri, Ahmad Bakri Ali kelulusan itu bermakna pihak lain tidak boleh menggunakan jenama tersebut untuk produk mereka.

Sehubungan itu usaha akan dilipatgandakan bagi meningkatkan pengeluaran harumanis bagi memenuhi permintaan yang bertambah, katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pemulihan mangga di Kampung Udoh Bilal, dekat sini, semalam.

Projek itu dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pertanian (MARDI) yang diberi geran RM600,000 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membantu penanam harumanis di Perlis.

Ahmad Bakri berharap MARDI juga menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan kualiti harumanis selain kajian ‘tut’ atau cantuman benih harumanis dengan mempelam jenis lain yang mempercepatkan ia berbuah.

Ahmad Bakri berkata kerajaan negeri menyasarkan kawasan seluas 1,000 hektar ditanam dengan harumanis menjelang akhir tahun ini berikutan jumlah terkini telah mencecah 987 hektar tetapi hanya 635 hektar yang mengeluarkan hasil.

Mengenai aduan harumanis dijual RM60 satu kilogram di Permatang Pauh semasa pilihan raya kecil Parlimen baru-baru ini, beliau berkata peniaga tidak boleh dihalang selagi orang ramai sanggup membeli walaupun pada harga tinggi.

“Jawatankuasa pemantau ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah bagi membanteras penipuan penjualan buah yang bukan harumanis tetapi didakwa sebagai harumanis,” katanya.

Ahmad Bakri menasihatkan selain membeli terus dari ladang, orang ramai boleh membeli buah itu di gerai-gerai kendalian FAMA kerana buahnya dilabel dan dijamin oleh agensi itu.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron pula berkata agensi itu memberi komitmen tinggi untuk menghasilkan harumanis terbaik selain mendidik petani mengamalkan amalan pertanian baik (GAP).

Katanya MARDI menggunakan mempelam telur dan Sala yang berbuah sepanjang tahun dalam penyelidikannya tetapi harumanis hanya berbuah sekali setahun.

“Kami membuat penyelidikan termasuk tut harumanis dengan kedua-dua jenis itu dan bagaimana karektor ini boleh berlaku pada harumanis tanpa menjejaskan rasa dan kualiti harumanis,” tambahnya. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: