Midin – Sayur Tradisional Sarawak

Paku Midin Paku midin (Stenochlaena palustris) merupakan tumbuhan paku pakis yang biasanya terdapat di kawasan paya gambut dan hutan belukar di negeri Sarawak.

Paku midin yang digoreng bersama ikan bilis dan belacan telah menjadi satu hidangan kegemaran penduduk tempatan dan pelancong. Tidak hairanlah masakan pucuk midin kini turut disaji di hotel dan restoran mewah.

Sebagai sayuran yang lazat dan berkhasiat, paku midin berpotensi diketengahkan secara komersial sebagai komoditi untuk pasaran eksport. Beberapa percubaan menanam paku midin telah dijalankan di beberapa kawasan sekitar Bandaraya Kuching. Bagaimanapun, hampir kesemua pucuk midin yang ada di pasaran ialah hasil pengutipan daripada tumbuhan liar.

Continue reading “Midin – Sayur Tradisional Sarawak”

Buletin Teknologi MARDI – Siri 7

  • Pembaharuan dalam kejuruteraan genetik tumbuhan: menuju ke arah teknologi gen bersih
  • Canopytechture , struktur ringkas pelbagai guna untuk penanaman sayuran dan buah jenis menjalar di ruang terhad
  • Kaedah analisis tekstur produk makanan
  • Teknologi fermentasi pepejal: aplikasi dalam menambah nilai bahan buangan sampingan industri pemprosesan kelapa
  • Penggunaan bertih beras traditional Sarawak dalam penghasilan bar granola
  • Pengurusan bersepadu kumbang belalai – perosak utama tanaman ubi keledek