Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

MELAKA – Prestasi pendapatan usahawan bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mencatatkan jumlah sebanyak RM320 juta pada tahun lepas.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 55.8 peratus telah mencapai tahap industri kecil dan sederhana (IKS) dengan nilai jualan tahunan melebihi RM300,000 hingga RM50 juta.

Beliau berkata, 44.2 peratus pula melibatkan usahawan mikro dengan jumlah nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000.

“MARDI berjaya melahirkan 301 usahawan sehingga akhir tahun lepas dengan 100 orang daripadanya adalah usahawan Agropreneur Muda.

“Daripada jumlah itu, 73 peratus telah berjaya mendapat persijilan kualiti seperti Halal, Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (Mesti) dan Sistem

Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal melalui bengkel, teknologi dan bimbingan yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Usahawan Agroteknologi 2014 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sharif berkata MARDI juga memberi imbuhan ‘one off’ kepada 3,300 usahawan dalam pelbagai bidang termasuk teknologi makanan, tanaman dan ternakan sepanjang tahun lepas.

MARDI juga katanya, berjaya melahirkan 47 usahawan eksport dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya, 96 syarikat produk makanan juga berjaya menembusi pasaran pasar raya besar di seluruh negara.

Terdahulu, beliau melancarkan buku ‘100 Usahawan Bumiputera Mardi 2014’ sempena persidangan tiga hari bermula semalam yang dihadiri 150 usahawan bimbingan Mardi dan 50 usahawan Agropreneur MARDI.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: