Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

image Pasir Gudang, 7 Mac 2015 – Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah terlibat secara langsung dalam Projek Pertanian Bandar Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor.

Proses urbanisasi mengakibatkan ramai penduduk tertumpu di kawasan bandar. Justeru berlaku peningkatan permintaan bekalan makanan dan kos sara hidup. Salah satu cara menangani masalah ini ialah melalui program pertanian bandar. Pertanian Bandar merupakan akitiviti menanam, memproses dan mengagihkan hasil pertanian dan produk makanan melalui aktiviti penanaman intensif, penternakan terpilih dan pelanskapan berfungsi di dalam bandar.

Di dalam Projek Pertanian Bandar Taman Cendana, Pasir Gudang ini, MARDI telah bertindak sebagai pembimbing kepada komuniti Taman Cendana bersama-sama dengan All Cosmos Sendirian Berhad. Seramai 50 orang penduduk Taman Cendana telah terlibat sebagai perintis kepada projek ini. Melalui projek ini, penduduk Taman Cendana telah diberi bimbingan secara hands on oleh pakar-pakar dari MARDI sendiri, untuk memastikan teknologi dapat disampaikan terus kepada penduduk. MARDI telah memperkenalkan beberapa teknologi dan inovasi yang sesuai digunakan untuk pertanian bandar seperti Greenkit, Self Watering Pot dan juga sistem tanaman Self Watering bertingkat. Semua teknologi yang dibangunkan oleh MARDI ini dengan mengambilkira ruangan terhad untuk bercucuk tanam dan gaya hidup penduduk Bandar yang sibuk.

Majlis pelancaran projek pertanian bandar Taman Cendana ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Behormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharif Bin Haron, Ketua Pengarah MARDI, Tn. Hj. Ab Wahab Ridwan, Pegawai Daerah Johor Bharu, En. Md Za’nal Hj Misran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Yang Berbahagia Datuk Tony Peng Shih Hoa, Ketua Pegawai Eksekutif, All Cosmos Industries Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: