Johor berpotensi jadi pengeluar utama cili

SANIAH Kormin (bawah-kiri) dan Shahruddin Md.Salleh (bawah-kanan) bersama pelatih-pelatih PDK menanam cili pada Program Penanaman Cili Fertigasi di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pagoh dekat pagoh,Muar,Johor,semalam.

PAGOH 3 Mac – Negeri ini berpotensi besar menjadi pengeluar utama cili bagi menampung keperluan tempatan dan mengurangkan kebergantungan import bahan itu.

Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) negeri, Saniah Kormin berkata, ini kerana Johor mempunyai keluasan dan kesesuaian tanah di samping kaedah penanaman moden yang boleh dipraktikkan untuk menggandakan hasilnya.
Continue reading “Johor berpotensi jadi pengeluar utama cili”

Mempelam sala kahwin harumanis ‘berkadikan’ MARDI

HarumanisPADANG BESAR 13 Feb. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) negeri akan memperluaskan lagi teknik cantuman dewasa ke atas 40,000 pokok mempelam sala sebagai kaedah lebih pantas bagi meningkatkan tuaian mempelam harumanis yang dikenali ikon Perlis.

Pengarahnya, Mhd. Bookeri Md. Ludin berkata, teknik cantuman dewasa ini adalah Projek Pemulihan Ladang Mempelam Harumanis yang dilaksanakan oleh MARDI yang dikhususkan untuk pemilik ladang mempelam sala yang berminat untuk menghasilkan harumanis.

Continue reading “Mempelam sala kahwin harumanis ‘berkadikan’ MARDI”