Sebuah seminar yang berkonsepkan konsultasi berkaitan pembangunan ekonomi dan pengurusan teknologi pertanian adalah tepat untuk membincangkan isu, cabaran dan hala tuju pembangunan sektor pertanian negara sejajar dengan hasrat serta aspirasi negara bagi sektor pertanian.
Objektif :
1) Menilai impak DPN dan pencapaian DAN sebagai pelan pemacu sektor pertanian dan industry asas tani, dan jaminan bekalan makanan Negara
2) Berkongsi maklumat berkaitan dengan penemuan penyelidikan sosioekonomi yang dijalankan oleh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) khususnya MARDI dan university
3) Memberi input kepada kerajaan berkaitan dengan hala tuju sektor pertanian dalam memperkukuhkan jaminan makanan negaa serta pembangunan inklusi
Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan, pertanyaan atau perhubungan, sila hubungi Urusetia Program Persidangan dan Pameran, Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI di talian 03-8943 7572/7827 atau emel : confexh@mardi.gov.my
Laman web : http://skep.mardi.gov.my/