LPP Laksana Cadangan MARDI Menghadapi Fenomena El-Nino

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan melaksanakan cadangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam menangani fenomena El-Nino iaitu cuaca panas kering yang dijangka melanda negara tidak lama lagi.

Pengerusi LPP Datuk Zainal Dahalan berkata, MARDI telah membentangkan langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi membantu sektor pertanian, ternakan serta perikanan apabila negara dilanda fenomena berkenaan.

Katanya antara langkah jangka panjang yang disaran MARDI ialah menghasilkan tanaman yang mempunyai jangka masa matang yang pendek serta bermutu tinggi, pengeluaran padi secara aerob, teknologi pengurusan air yang cekap serta pembangunan pertanian yang tepat.

“Penanaman padi aerob adalah satu strategi yang baik ketika El-Nino kerana padi ini tidak menggunakan banyak air dan tempoh matangnya juga cepat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Peladang Kali Ke-62 di sini pada Selasa.

Zainal berkata, sebagai langkah jangka pendek, MARDI mencadangkan peningkatkan keberkesanan pengurusan ladang seperti penjimatan penggunaan air dan mengadakan kempen kesedaran.

Katanya, para pengusaha pertanian dan perikanan juga disaran memaksimumkan penggunaan air hujan serta saliran air seperti anak sungai.

“Selain menggunakan saliran air, kaedah menyimpan takungan air dengan cara betul boleh membantu menjimatkan kadar penggunaan air supaya bekalan air sentiasa mencukupi,” katanya.

Beliau turut meminta kerajaan meningkatkan perkhidmatan veterinar bagi memantau penyakit dan masalah ternakan ketika menghadapi cuaca panas yang teruk dan penternak pula harus memastikan makanan ternakan mereka mencukupi.

— BERNAMA

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s