Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

taniSERAMAI 207 golongan miskin di Terengganu yang menyertai Projek Azam Tani kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan taraf hidup dan terkeluar daripada paras kemiskinan.

Pengarah MARDI Terengganu, Hassan Said berkata mereka yang terbabit menyertai projek itu terdiri daripada keluarga miskin di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Katanya, antara projek diusahakan mereka termasuklah projek itik telur, itik pedaging, pemprosesan makanan, perniagaan kecil berasaskan pertanian, jahitan, perkhidmatan pertanian, peniagaan alat nelayan dan membuka bengkel motosikal.

“Kemajuan yang ditunjukkan oleh sesetengah peserta kita amat memberangsangkan kerana bukan sahaja mereka dapat meningkatkan pendapatan bulanan malah ada antara mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Peserta Azam Tani Daerah Besut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Jabi, Mohd Iskandar Jaafar di Tanjong Demong di sini semalam.

Pada majlis itu seramai 37 peserta dibekalkan dengan pelbagai peralatan oleh Mardi seperti motosikal roda tiga, mesin jahit dan ketuhar bagi menjayakan perusahaan mereka.

Sementara itu, Mohd Iskandar ketika menyerahkan peralatan itu mengingatkan peserta terbabit supaya jangan menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kerajaan.

“Apa yang berlaaku sebelum ini ada peserta yang menerima peralatan mereka terus menjual kepada pihak lain kerana ingin mendapatkan keuntungan segera,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: