MARDI Sasar Tanam Padi Aerob Di Kawasan Seluas 1,000 Hektar Menjelang Hujung Tahun

DATUK DR SHARIF HARONKLANG, 9 Jun – Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarkan menanam padi Aerob di kawasan seluas 1,000 hektar di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Pengarah projek penanaman padi Aerob MARDI Dr Sariam Othman berkata sistem penanaman padi Aerob menggunakan jenis khusus — MRIA 1, bertujuan mengurangkan keperluan air untuk tanaman padi, sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada pengeluaran padi sawah yang memerlukan sistem pengairan.

“Aerob berbeza dengan padi biasa, sesuai ditanam di kawasan luar jelapang dan tanah gambut.

“Ia hanya memerlukan 90 hari untuk dituai selain boleh ditanam tiga kali setahun dengan anggaran pengeluaran empat tan hingga lima tan sehektar,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis penuaian padi Aerob di kawasan tanah gambut di MARDI Klang di sini Isnin. Continue reading “MARDI Sasar Tanam Padi Aerob Di Kawasan Seluas 1,000 Hektar Menjelang Hujung Tahun”

Advertisement