Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia

Bimbing orang luar

bimbing orang luar

Putrajaya: Marditech Corporation Sdn Bhd (Marditech), anak syarikat Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) diiktiraf negara luar apabila dipilih sebagai perunding bagi membimbing pembangunan sektor pertanian padi dan pengeluaran ternakan di Ogun State, Nigeria.

Menerusi kerjasama itu, Marditech akan berkongsi pengalaman Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) bagi membangunkan sektor pertanian di negeri itu memandangkan Malaysia dan Nigeria berkongsi eko sistem iklim pertanian yang hampir sama.

Pengerusi Kumpulan Marditech, Tan Sri Dr Mohd Noor Ismail berkata, Ogun State adalah sebuah negeri dengan kepadatan penduduk yang tinggi malah, mereka kini sedang giat mentransformasikan industri pertanian di negeri itu.

Beliau berkata, Ogun State memilih Malaysia sebagai model berikutan kejayaan negara menyediakan amalan perniagaan pertanian moden dan cemerlang.

“Malaysia bukan baru dalam sektor pertanian di Nigeria malah, kerjasama ini sudah terjalin sejak 2002 lagi menerusi usaha membangunkan sektor pertanian di Ondo State dan Kano State sebelum ini.

“Kerjasama ini turut mendapatkan sokongan penuh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang melihat ia satu strategi untuk memperluaskan pengalaman dan keupayaaan pertanian Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara Ogun State dengan Marditech di sini, semalam.

Majlis berkenaan disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalannya Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Hadir sama Pesuruhjaya Kehormat Pertanian Negeri Ogun, Ronke Sokefun.

Katanya, sebagai permulaan, Marditech akan berkongsi kepakaran di dalam amalan pertanian moden penanaman dan pengeluaran padi bermula dengan pembangunan sebuah ladang perintis seluas 250 hektar di negeri itu tahun ini.

Dr Mohd Noor berkata, kerjasama itu bertujuan menunjukkan kebolehan bagi menghasilkan produktiviti pengeluaran padi yang lebih tinggi dan amalan penanaman dua kali setahun sekali gus menjadi panduan bagi pembangunan keseluruhan jelapang padi di negeri itu.

Menurutnya, Marditech juga akan bekerjasama dengan Ogun State bagi membangunkan produk ubi kayu memandangkan Nigeria dikenali sebagai pengeluar terbesar ubi kayu di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/07 (Harian Metro)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: