Jangan lepaskan peluang keemasan ini. DAFTAR SEGERA! Borang permohonan kursus boleh didapati di laman web MARDI
Muat turun di : http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2014
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. DAFTAR SEGERA! Borang permohonan kursus boleh didapati di laman web MARDI
Muat turun di : http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2014
Assalam,
Adakah yuran kursus tersebut termasuk penginapan dan makan?
Wassalam.
Pakej A (termasuk penginapan, makan minum, nota, alat tulis serta peralatan dan bahan amali)
Kursus hanya dilaksana sekiranya jumlah penyertaan mencapai 15 orang atau lebih.
Pakej B (termasuk makan minum, nota, alat tulis serta peralatan dan bahan amali. Tanpa penginapan)
Kursus hanya dilaksana sekiranya jumlah penyertaan mencapai 15 orang atau lebih.
Berape hari…kerusus ayam kampong.
Tq mardi kerana membuat kerusus
Kursus Penternakan Ayam Kampung dan Ayam Pedaging akan diadakan selama 4 hari di Serdang, Selangor. Yuran yang akan dikenakan : RM 950
Saya telah mendaftar utk mengikuti kursus menternak lebah kelulut 2x, pertama saya mendaftar melalui internet, kedua saya menhadirkan diri ke perjabat mardi serdang utk mendaftar tai samai skg tiada jawapan?.
Bagaimana & dimana saya nak mendapatkan propolis kelulut?
Salam.
1: Sila email kepada admin nama penuh, nombor telefon dan alamat tuan ke email admin : amry@mardi.gov.my untuk tujuan pemeriksaan. Pihak admin akan hubungi pihak Kursus dan Latihan Teknikal mengenai ini dengan kadar segera.
2 : Tuan boleh hubungi terus salah satu usahawan bimbingan MARDI mengenai madu kelulut Trigona Bee di talian, 012-362 5711. Atau di laman Facebook, http://www.facebook.com/trigona.bee Terima kasih
Sila periksa email. TQ
salam .. cara yang sebetulnya nak daftar & mcm mana nak tahu jawapan selepas daftar? tq
Walaikumsalam. Pihak Latihan dan Kursus Teknikal MARDI akan segera hubungi tuan samada melalui emel atau telefon apabila borang telah diproses. Tuan juga boleh hubungi terus pegawai berkenaan, Shariah Loh di nombor : 03- 8943 7198 atau emel : scha@mardi.gov.my harap maklum
Assalam…ada sediakan kursus utk pemprosesan aneka jenis mee? Kalau ada bila tarikh kursus area selangor dan berapa harga? Terima kasih
Maaf, setakat ini tiada kursus penghasilan aneka jenis mee dijalankan di Selangor. Buat masa ini, hanya dijalankan di Pasir Puteh (9-11 Jun), dan di Kuching (9-11 Sept). Banyak lagi kursus yang pun boleh ikuti. Layari http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2014 untuk maklumat lanjut
saya ingin mengikuti kursus mengawet minuman untuk bahan tenusu,susu,yogurt..bila available dlm tarikh terdekat?
Tiada latihan berkaitan dengan pengawetan makanan/hasilan susu buat masa ini. Walaubagaimanapun, tuan boleh pilih banyak lagi kursus dan latihan yang ditawarkan dengan melayari laman web MARDI : http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2014 . Atau layari laman web http://elearn.mardi.gov.my/ untuk maklumat lanjut
asal susa sangat nak mohon… need feedback plssss
Salam, maaf Portal MARDI sedang mengalami sedikit gangguan sementara pada server. Tuan boleh muat naik Buku Kursus 2014 (beserta borang) pada pautan sementara berikut : https://blogmardi.files.wordpress.com/2014/04/buku-kursus-2014_rev010414.pdf .Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih
Assalam Mardi..saya nak daftar penternakan lebah kelulut..borang x boleh download..0199070982 hisham
Salam, maaf Portal MARDI sedang mengalami sedikit gangguan sementara pada server. Tuan boleh muat naik Buku Kursus 2014 (beserta borang) pada pautan sementara berikut : https://blogmardi.files.wordpress.com/2014/04/buku-kursus-2014_rev010414.pdf .Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih
Salam, saya ingin tahu bagaimana hendak mengawet bahan makanan segera sebab saya berhajat untuk komersialkan masakan istimewa saya yang boleh menjadi kegemaran semua.
Harap saya dapat di beri nasihat dan petunjuk yang patut saya ikuti.
Kerjasama tuan/puan sangat di hargai. Amin.
Wsalam. MARDI ada menjalankan Asas Aditif Makanan. Layari laman web MARDI untuk muat turun borang permohonan kursus
Salam..
saya berminat untuk mengikuti kursus penghasilan rempeyek..
mohon emailkn maklumat berkaitan kursus tersebut.
terima kasih
Wsalam. Kursus penghasilan rempeyek akan diadakan di Johor Bharu pada 24-27 November 2014 ini. Muat turun senarai kursus beserta borang di laman web MARDI atau masuk ke http://elearn.mardi.gov.my/ untuk maklumat selanjutnya.
Walaikumsalam. Muat turn borang dan maklumat kursus di : http://www.mardi.gov.my/en/latihan-teknikal-2014
TQ
Salam, bila lg mardi ade buka untuk kursus pastri?
Sila layari laman web tersebut untuk mendapatkan jadual. Tuan juga boleh layari laman web elatihan.mardi.gov.my untuk maklumat lebih lanjut
assalamualaikum,,,,,
saya ada memohon kursus pembenihan pisang secara kultul tisu dan diberitahu kursus hanya akan dijalankan jika cukup bilangan peserta ,,, persoalan saya,,, adakah kursus ini tidak akan diadakan hingga akhir tahun selagi bilangan peserta tak cukup,,,?
tahun lepas buat tak,,,?
Untuk makluman, Kursus tersebut telah dijadualkan untuk diadakan pada 7-11 April 2014. Untuk selepas dari tarikh ini, ia akan diadakan secara luar jadual. Ini memerlukan bilangan peserta yang mencukupi bagi menjalankan kursus tersebut. Mohon pihak tuan untuk terus hubungi pihak Kursus dan Latihan Teknikal MARDI di nombor : 03-8943 7888 | 7238 | 7221
bila khusus penternakkan ayam kampung akan diadakan??dan bagaimana untuk daftar
Ia dah dijalankan pada Februari lepas. Walaubagaimanapun, cik/puan boleh terus mendaftar untuk kursus ini. Kursus akan dijalankan (mengikut luar jadual) sekiranya jumlah penyertaan adalah mencukupi. Dapatkan borang dan senarai kursus untuk maklumat dan tindakan puan segera di laman utama MARDI. http://www.mardi.gov.my/web/guest/latihan-teknikal-2014