Tingkatkan Pengeluaran Gula Kabung

gula kabung

KUALA LIPIS 17 Nov. – Pengusaha gula kabung di daerah ini perlu merebut peluang disediakan kerajaan negeri bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan kualiti produk masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, kerajaan negeri menjalinkan kerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi meningkatkan pengeluaran produk itu untuk pasaran antarabangsa.

“Justeru, komitmen dan pembabitan proaktif pengusaha gula kabung perlu bagi meningkatkan pengeluaran. Di pihak kerajaan negeri pula kita amat menyokong usaha itu,” katanya di sini baru-baru ini.